Sunday 16 April 2017

Infaq Ramadhan 2017


Pusat Jagaan Kasih Abadi adalah Pusat Kebajikan dan Pendidikan yang menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat...

Alamat :
No.71, Persiaran Seksyen 5/3,
Taman Putra Bertam,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel : 018-3818304

Saturday 8 April 2017

Pengenalan Pusat Jagaan Kasih Abadi

PENGENALAN

Pusat Jagaan Kasih Abadi adalah sebuah pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan gologan asnaf zakat, pusat kebajikan ini juga menaungi atau membantu anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat yang berada dengan keluarga mereka.

Pusat Jagaan Kasih Abadi memulakan operasi diawal tahun 2013 dengan menyewa seunit rumah teres yang bermula penghuni seramai 12 orang. Kini bilangan penghuni terus meningkat dan pada awal 2017 telah menjangkau seramai 40 orang.

Kini PJKA telah berpindah ke Bandar Putra Bertam (Usia 4-6 tahun) dan Taman Alamanda (Usia 7-12 tahun)

MATLAMAT

  • Memberi perlindungan dan pembelaan kepada yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan pendidikan yang sewajarnya.
  • Memberi keutamaan kepada pendidikan rohani kerana hati yang kuat dengan Allah dan Rasul akan melahirkan peribadi yang agung.
  • Melahirkan insan yang kuat jiwa, sabar menghadapi kesusahan, pandai bersyukur dengan nikmat dan boleh berkongsi nikmat tersebut serta prihatin dengan kesusahan orang lain.
  • Membina generasi anak soleh yang pandai menghormati dan memuliakan oarang tua.
  • Menjadi wadah bagi golongan yang dilebihkan rezeki buat mereka yang kurang bernasib baik saling bantu membantu kearah masyarakat harmoni dan diberkati Tuhan.

AKTIVITI

  • Kelas fardhu ain, akademik, pengajian Al-Quran, Kelas kemahiran seperti ICT, kebudayaan pengacaraan dan sebagainya.
  • Rehlah, ekspidisi dan aktiviti kemasyarakatan seperti tahlil, gotong royong.
  • Membuat persembahan kebudayaan islam di majlis rasmi dan tidak rasmi.